product image

BENGKEL SIDANG EDITOR LAPORAN TAHUNAN 2025

Penceramah

Butiran :

Meningkatkan Kualiti Penyediaan Dan Persembahan Laporan Tahunan Jabatan PERHILITAN Agar Lebih Sistematik, Komprehensif Dan Profesional.
Anjuran Bahagian BPK


Bilangan Peserta

25
Orang

Tarikh

Dari
21/08/2025
Hingga
22/08/2025

Lokasi

Ibu Pejabat, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Latihan / Program Lain

Latihan / Program Lain yang Ditawarkan

KURSUS ECEA : DEEP FOREST COUNTER POACHING OPERATION (DFCPO); SPARTA PYHSICAL OBSTACLES INSTALLATION
image

1. Pemantapan Penguatkuasaan Jenayah Alam Sekitar (Modul ECEA) Objektif: Melengkapkan pegawai dan renjer PERHILITAN dengan kemahiran perundangan dan tindakan penguatkuasaan yang komprehensif. Modul ECEA mula diperkenalkan pada tahun 2020 khusus untuk menangani dan membanteras jenayah terhadap alam sekitar secara proaktif. Fokus: Kefahaman terhadap prosedur operasi standard (SOP) tangkapan, pengumpulan bukti di lokasi jenayah hutan, dan penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). 2. Penguasaan Taktik Anti-Pemburuan Hutan Dalam (Modul DFCPO) Objektif: Mengadaptasi dan menguji strategi DFCPO (Deep Forest Counter-Poaching Operations). Ini adalah strategi yang memfokuskan kepada penjejakan, pemintasan, dan tangkapan kumpulan pemburu haram (khususnya penceroboh warga asing seperti dari Vietnam, Thailand, dan Kemboja) terus di dalam kawasan hutan tebal. Fokus: Latihan ini menggabungkan kemahiran ikhtiar hidup tradisional (bushcraft), teknik penjejakan (tracking), risikan, dan taktik serang hendap. Fokus utama DFCPO adalah menangkap pemburu sebelum atau semasa mereka memburu, berbanding taktik lama yang hanya mencari dan memotong jerat. 3. Kemahiran Halangan Fizikal (Modul Physical Obstacles Installation) Objektif: Melatih peserta keupayaan taktikal untuk membina, memasang, merungkai, dan mengatasi halangan fizikal (physical obstacles) di persekitaran hutan sebenar. Fokus: Kemahiran ini sangat penting untuk mewujudkan perimeter pertahanan di kem pangkalan sementara (hutan), menghalang laluan keluar/masuk pemburu haram yang cuba melarikan diri, serta taktik keselamatan untuk melambatkan pergerakan ancaman semasa operasi berisiko tinggi.

LATIHAN PENYELENGGARAAN PAGAR ELEKTRIK GAJAH DAN HALANGAN FIZIKAL GAJAH SIRI 1/2026
image

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada kakitangan untuk menyelenggara pagar elektrik gajah dan halangan fizikal gajah untuk memastikan keadaan pagar elektrik gajah dan halangan fizikal gajah dapat berfungsi dengan baik dan selamat. Objektif Khusus 1. Mengenalpasti peralatan yang akan digunakan semasa kerja penyelenggaraan pagar elektrik gajah diajalankan o Peralatan yang digunakan adalah seperti electric tracker fence remote, test pen, cutter wire, playar, tukul, dawai 2.5 mm dan 1.6 mm dan penebat tiang. 2. Mengenalpasti peralatan yang akan digunakan semasa kerja penyelenggaraan halangan fizikal gajah diajalankan o Peralatan yang digunakan adalah seperti chain saw, hand drill, circular saw, pita pengukur, tukul, pahat rata, sesiku L dan spirit level. 3. Mengaplikasikan teknik susun atur pembinaan pagar elektrik gajah dengan betul o Peralatan yang digunakan perlu pada tempat dan kedudukan mengikut fungsi alatan tersebut. o Tujuan pagar elektrik gajah adalah untuk memastikan gajah hanya berada di dalam kawasan pagar sahaja untuk memudahkan aktiviti memberi makan kepada gajah oleh pengunjung. o Pagar eketrik gajah yang dibina juga perlu mengikut bacaan voltage yang sesuai untuk gajah dan pengunjung. 4. Mengaplikasikan teknik susun atur pembinaan halangan fizikal gajah dengan baik dan selamat o Pemasangan halangan fizikal perlu menggunakan bahan asas seperti kayu yang bermutu dan tahan. o Jarak antara halangan fizikal dan pagar elektrik perlu sesuai bagi mengelakkan gajah merosakkan halangan fizikal yang tidak mengalirkan arus elektrik. o Tujuan pembinaan halangan fizikal adalah mewujudkan jarak selamat antara pengunjung dengan gajah semasa aktiviti memberi makan kepada gajah.

Theme Customizer

Customize & Preview in Real Time


Skin


Menu Collapsed



Navbar Color